Artikel "Utama" Terkini
2,300 Penghuni Penjara Marang Terima Suntikan Vaksin Mulai Hari Ini
MARANG, 20 September - Seramai 2,300 penghuni Penjara Marang menerima suntikan vaksin COVID-19, mulai hari ini.
Program tiga hari vaksinasi penghuni penjara berkenaan bertujuan membendung penularan COVID-19 di penjara.
Program tersebut bermula jam 9 pagi dan seramai 1,000 penghuni menerima vaksin jenis CanSino pada hari ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,...
20 Sep 21
594
Bukit Tok Salai Sungai Nerus, Destinasi Terbaharu Penggemar 'Hiking'
KUALA NERUS, 20 September - Bukit Tok Salai Sungai Nerus (BTSSN) kini menarik perhatian pengunjung tempatan sebagai destinasi baharu bagi penggemar aktiviti mendaki bukit di Negeri Terengganu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, lokasi tersebut mempunyai masa depan cerah sebagai tarikan rekreasi secara tidak langsung memberi...
20 Sep 21
3866
Masjid Haji Muhammad Dibangunkan Semula
KUALA TERENGGANU, 20 September – Kerja-kerja membina semula Masjid Haji Muhammad di Kg. Mengabang Tengah telah dimulakan sejak 22 Ogos yang lalu.
Masjid berusia lebih seratus tahun itu telah mengalami kerosakan hampir keseluruhannya pada tahun 2019 yang lalu akibat bencana.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batu Buruk, Ustaz Muhammad...
20 Sep 21
1085
KPDNHEP Keluarkan Lebih RM3.67 Juta Kompaun Langgar SOP PPN
HULU TERENGGANU, 20 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan lebih RM3.67 juta kompaun sejak 1 Jun lalu di bawah pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Timbalan Menterinya, Dato' Rosol Wahid berkata, kompaun itu dikeluarkan melibatkan 764 kes pelbagai kesalahan menerusi pemeriksaan terhadap 228,000 premis perniagaan...
20 Sep 21
652
Kerjasama Pengusaha Pelancongan Tingkatkan Keselamatan Pengunjung
KUALA NERUS, 20 September – Kerajaan negeri sedang giat memperkemaskan strategi bagi memastikan keselamatan pelancong berada di tahap terbaik.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) amat penting dalam mengekang peningkatan kes COVID-19 dan meyakinkan pengunjung.
“Buat masa kini daripada dialog bersama...
20 Sep 21
652
Pengusaha Resort Wajibkan Pelancong Buat Saringan COVID-19
KUALA NERUS, 20 September – Pengusaha resort yang berpangkalan di Pulau Lang Tengah mengambil langkah proaktif dengan mewajibkan ujian saringan COVID-19 terhadap pengunjung sebelum memasuki pulau peranginan itu.
Pengurus Summer Bay Resort, Wong Kim Woor, 40, berkata, ia bagi memastikan semua pelanggan yang memasuki resortnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)...
20 Sep 21
838
2,000 Peluang Pekerjaan Khas Buat Wanita Terengganu
KUALA TERENGGANU, 20 September - Golongan wanita dalam negeri diseru agar merebut kira-kira 2,000 peluang kekosongan jawatan dan ilmu keusahawanan dalam Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita 2021 Peringkat Negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, karnival atas talian yang julung kali diadakan...
20 Sep 21
1787
Suntikan Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Dijangka Bermula Awal Oktober
KUALA LUMPUR, 19 September - Pelaksanaan suntikan dos ketiga dijangka bermula awal Oktober ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19.
Beliau berkata, pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 itu sebagai usaha meningkatkan...
19 Sep 21
737
Hasrat Pengayuh Beca Miliki Rumah Sendiri Tercapai
MARANG, 19 September - Impian seorang pengayuh beca, Mohd Nasir Jusoh, 62 atau Pok Yah untuk memiliki rumah sendiri akhirnya direalisasikan oleh Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Darul Iman (Iman Care) dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Berkongsi detik kegembiraan menerima rumah menerusi program...
19 Sep 21
1832
29 Pelajar Terengganu Selamat Tiba Di Mesir
Oleh : Aswadi Mohamad
KAHERAH, 19 September - 29 orang pelajar Terengganu yang melanjutkan pelajaran ke Mesir telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 11.05 pagi tadi waktu tempatan.
Mereka tiba setelah perjalanan menerusi Penerbangan Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengambil masa selama...
19 Sep 21
1226