KUALA TERENGGANU, 12 Oktober - Koperasi Pegawai dan Kakitangan Yayasan Islam Terengganu Berhad (KOPYIT) menyalurkan wakalah zakat perniagaan berjumlah RM44,950.95 bagi membantu meringankan beban golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok.
Sumbangan itu disalurkan kepada 300 asnaf sempena Program Perkongsian Dalam Keberkatan 3.0 dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian.

Katanya, jumlah zakat perniagaan yang dikeluarkan setiap tahun bergantung kepada keuntungan tahunan koperasi.
“Melalui program impak sosial versi 3.0 ini, dana zakat disalurkan secara terus dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Batu Burok bagi menyantuni dan meringankan beban penerima zakat di sekitar kawasan ini.
“Kami berharap sumbangan ini dapat menceriakan penerima serta membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian keluarga masing-masing,” ujarnya.

Menurut Ahmad Fadluldin, usaha tersebut mencerminkan komitmen KOPYIT dalam melaksanakan tanggungjawab sosial melalui pengagihan manfaat perniagaan kepada masyarakat selaras dengan aspirasi Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Beliau turut mengajak penerima sumbangan mendoakan KOPYIT terus berkembang maju, memperoleh keuntungan lebih besar serta dilimpahi keberkatan sekali gus membolehkan lebih banyak zakat disalurkan kepada mereka yang layak pada masa akan datang.
