Jalur Gemilang
Berita :
MBKT Mula Guna Setel Untuk Parkir, Touch ‘n Go dan QR Menyusul
MBKT Mula Guna Setel Untuk Parkir, Touch ‘n Go dan QR Menyusul
Rohayati Ripin
1 jam yang lepas
80

KUALA TERENGGANU, 1 Oktober – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mula melaksanakan pembayaran parkir menggunakan aplikasi Setel sebagai kaedah utama pada peringkat awal, berkuat kuasa 1 Oktober.

Pelaksanaan secara percubaan sehingga 15 Oktober itu bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna serta membiasakan mereka dengan kaedah pembayaran parkir secara digital.

“Pada peringkat permulaan ini, kita mahu mendidik pengguna terlebih dahulu untuk menggunakan Setel,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, tiga kaedah pembayaran akan disediakan, iaitu Setel, Touch ‘n Go dan kod QR (MQR).

Bagaimanapun, pembayaran menerusi Touch ‘n Go dan kod QR akan diperkenalkan secara berperingkat dalam masa terdekat.

Beliau berkata, MBKT turut mempergiat hebahan menerusi media sosial, paparan maklumat pada kenderaan dan pemasangan papan tanda di kawasan parkir.

Langkah itu bagi memastikan pengguna memahami prosedur serta kaedah pembayaran yang ditetapkan sebelum sistem baharu berkenaan dilaksanakan sepenuhnya.

“Pengguna akan diberikan tempoh percubaan sehingga 15 Oktober ini untuk membiasakan diri dengan kaedah pembayaran tersebut,” ujarnya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan