BESUT, 24 Ogos – Majlis Daerah Besut (MDB) mencatat sejarah sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Terengganu yang menyediakan lori kompaktor baharu bagi setiap zon perkhidmatan bagi memperkasakan sistem kutipan sisa pepejal di daerah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, YB Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyediaan lapan buah lori kompaktor baharu itu merupakan langkah penting bagi menggantikan jentera lama yang sering mengalami kerosakan dan menjejaskan kelancaran kutipan sampah.
“Sesetengah lori kompaktor yang ada adalah sangat usang. Uzur sangat. Kena ganti dengan lori yang baru. Kita mensyaratkan kepada semua kontraktor sampah supaya menyediakan lori kompaktor yang baharu pada setiap zon.
“Empat zon ini lori baharu belaka. Majlis Daerah Besut adalah yang pertama menyediakan lori kompaktor yang baharu,” jelasnya dalam program tersebut.

Dalam masa sama, Wan Sukairi turut menyeru masyarakat Besut supaya meningkatkan kesedaran sivik dengan mengamalkan budaya membuang sampah terus ke dalam tong yang disediakan dan tidak meninggalkannya di sisi tong sampah.
Wan Sukairi menambah, usaha menjaga kebersihan bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dan kontraktor, sebaliknya memerlukan kerjasama seluruh masyarakat.

Katanya, jumlah tersebut belum mengambil kira sisa pepejal dari kawasan pulau yang turut dianggarkan antara enam hingga lapan tan sehari.
“Budaya yang kita nak tekankan di Besut ini ialah tagline ‘Bersih Budaya Besut’ kerana bersih sebahagian daripada iman. Semua pakat kena jaga, bukan warga majlis sahaja,” ujar beliau.
Mohd Ridwan menambah, Besut turut mempunyai keunikan ekosistem daripada kawasan tanah tinggi sehingga ke marin menerusi konsep “Rainforest to the Reef”, sekali gus menuntut komitmen semua pihak dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara.
Jelasnya lagi, pelancaran armada baharu itu dijangka memperkukuh keupayaan MDB dalam menyediakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal yang lebih cekap, di samping menyokong usaha menjadikan Besut sebagai daerah yang bersih, indah dan lestari.
"Inisiatif berkenaan turut berpotensi menjadi penanda aras kepada PBT lain di Terengganu dalam memperkemas pengurusan sisa pepejal menerusi penyediaan jentera yang lebih moden dan bersesuaian dengan keperluan semasa," tambah beliau.