Jalur Gemilang
Berita :
Noor Baizura Terharu Terima Bantuan Peralatan Industri Asas Tani
Noor Baizura Terharu Terima Bantuan Peralatan Industri Asas Tani
Ezani Razali
6 jam yang lepas
111

KEMAMAN, 5 Oktober - "Alhamdulillah, bantuan yang diterima pada hari ini akan memudahkan kerja seharian saya berniaga untuk mencari rezeki," ujar Noor Baizura Norham, 41 tahun.

Demikian kata penerima bantuan Program Penyampaian Alatan dan Mesin Industri Asas Tani Daerah Kemaman yang telah menerima bantuan Mesin Peleper bernilai RM3,700 turut memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diperolehi itu.

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini," katanya lagi.

Nor Baizura merupakan usahawan yang membuat dan menjual roti, kek dan kuih-muih adalah salah seorang daripada tujuh lagi peserta lain yang menerima bantuan daripada pihak Pejabat Pertanian Daerah Kemaman. 

Hadir menyempurnakan program berkenaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat.

Sementara itu Hanafiah turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima yang telah terpilih menerima bantuan, hari ini.

"Sebanyak 15 unit mesin dan peralatan telah disampaikan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM42,600 bagi Daerah Kemaman.

Semoga kemudahan yang diberikan ini dapat membantu para usahawan meningkatkan kapasiti pengeluaran, memperluaskan pasaran dan menambah hasil jualan, seterusnya memperkukuhkan ekonomi keluarga." katanya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan