Jalur Gemilang
Berita :
Pameran Arkib Tuan Guru Abdul Hadi Imbau 50 Tahun Perjalanan Kuliah Rusila
Pameran Arkib Tuan Guru Abdul Hadi Imbau 50 Tahun Perjalanan Kuliah Rusila
Amirul Mohd
1 hari yang lepas
101

MARANG, 28 November – Himpunan dokumentasi, gambar dan rakaman sejarah perjalanan perjuangan ilmu selama lima dekad menjadi tarikan utama Pameran Arkib Tuan Guru Abdul Hadi sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kuliah Tuan Guru di Kampung Rusila.

Pameran yang berlangsung di perkarangan Masjid Rusila pada 26  hingga 27 November lalu memberi peluang kepada pengunjung menyelusuri kembali sejarah awal kuliah berkenaan yang bermula daripada kelompok kecil di kawasan pedalaman kampung sebelum berkembang sehingga mampu menghimpunkan ribuan jemaah.

Menerusi paparan bahan arkib tersebut, pengunjung dapat menghayati perjalanan panjang usaha penyampaian ilmu oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menjadi sebahagian daripada sejarah perkembangan pengajian Islam di Rusila.

Perkembangan kuliah yang semakin mendapat sambutan turut menyaksikan keperluan pembinaan Masjid Rusila bagi menampung kehadiran jemaah yang semakin bertambah.

Pameran itu bukan sekadar memaparkan koleksi sejarah, malah menjadi wadah untuk generasi muda mengenali perjalanan dakwah dan tradisi pengajian ilmu yang dibina serta dipertahankan sepanjang 50 tahun.

Sambutan Jubli Emas tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bagi memberi ruang kepada masyarakat menghayati sejarah dan menghargai legasi pengajian ilmu yang terus diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan