KEMAMAN, 13 November - Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kampung Mak Lagam, Kemaman, hari ini.
Terdahulu, keberangkatan tiba baginda diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Majlis penuh berkat itu tadi dimulakan dengan ucapan daripada Menteri Besar sebelum baginda berkenan menyampaikan titah.
Sejurus selesai bertitah, baginda bersama rakyat menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Masjid yang terletak di Mukim Banggul itu merupakan salah sebuah daripada 50 masjid di daerah Kemaman dan telah mula beroperasi pada 19 Disember 2025 selepas siap dibina dalam bulan sebelumnya.
Pada tahun yang sama juga, solat Jumaat pertama di masjid berkenaan telah didirikan bertarikh pada 26 Disember 2025.

Sementara itu, Dr. Ahmad Samsuri dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis perasmian tersebut.