lightning-solid
Berita :
Penganjuran Karnival Kesejahteraan Rakyat Di Jabi Bantu Golongan B40 Akses Perkhidmatan Agensi
Penganjuran Karnival Kesejahteraan Rakyat Di Jabi Bantu Golongan B40 Akses Perkhidmatan Agensi
Hidayah Azlin
3 jam yang lepas
55

SETIU, 27 Ogos - Inisiatif mendekatkan perkhidmatan teras kerajaan dan swasta kepada masyarakat luar bandar terus diperkasa menerusi penganjuran Karnival Kesejahteraan Rakyat yang berlangsung di Dewan Sivik Jabi, di sini, pagi tadi.


Program yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40) secara khusus itu disempurnakan pelancarannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato Dr. Azman Ibrahim.


Menurutnya, penganjuran karnival itu merupakan hasil kolaborasi strategik pelbagai agensi dalam usaha memastikan kebajikan serta kemudahan rakyat di DUN Jabi sentiasa terbela secara menyeluruh.

"Kita membawa pelbagai agensi utama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Akauntan Negara, Tabung Haji, CelcomDigi serta beberapa entiti lain secara terus ke Jabi.

"Usaha ini bagi memastikan khidmat dapat diberikan secara terus di lapangan, sekali gus memudahkan urusan seharian rakyat khususnya penduduk setempat," katanya selepas merasmikan program berkenaan.


Menerusi platform sehenti itu, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai kemudahan merangkumi semakan dan kemaskini akaun simpanan, khidmat nasihat pengurusan kewangan, urusan akaun tak dituntut, serta pakej perkhidmatan telekomunikasi asas.

Tinjauan di lokasi mendapati sambutan amat menggalakkan daripada penduduk tempatan yang mula memenuhi Dewan Sivik Jabi seawal pagi, memandangkan kehadiran agensi-agensi berkenaan penjimatan masa dan kos perjalanan mereka ke bandar.


Tag :

Artikel Berkaitan