Berita :
Percepatkan Projek LRA Di Setiu, Gesa Pihak Persekutuan Beri Perhatian Serius
Percepatkan Projek LRA Di Setiu, Gesa Pihak Persekutuan Beri Perhatian Serius
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
01 Jun 26
126

SETIU, 4 Jun – Gangguan bekalan air tidak berjadual akibat kerosakan mengejut pam di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Tong 2 telah berjaya diselesaikan 2 hari yang lepas, dan bekalan kini dalam proses pemulihan secara berperingkat.

Ahli Parlimen Setiu, Tuan Shaharizukirnain Abd. Kadir, memaklumkan Syarikat Air Terengganu (SATU) sedang giat memulihkan bekalan, selain menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas walaupun berdepan kesesakan jalan raya luar biasa musim perayaan ini.

 Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak SATU, khususnya Pengurus SATU Setiu, Encik Khairil, atas tindakan pantas mereka.

Bagaimanapun, bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang, beliau menegaskan akan membawa isu kelewatan projek naik taraf LRA ke sidang Parlimen pada Jun ini. Projek melibatkan LRA Bukit Kemudu bernilai RM6.5 juta dan LRA Sungai Tong 1 bernilai RM7 juta itu telah diluluskan oleh KPLB sejak tahun 2022 sebelum PRU15 lagi, namun sehingga kini masih belum ditender.

"Apabila siap kelak, kedua-dua projek ini dijangka meningkatkan kapasiti bekalan sehingga 18 juta liter air sehari, sekali gus menjamin bekalan yang lebih stabil untuk penduduk Setiu. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia melibatkan keperluan asas rakyat," tegas beliau.

Di akhir kenyataan, beliau menyatakan keterbukaan menerima aduan serta kritikan rakyat demi memastikan kemudahan terbaik dapat disalurkan di Parlimen Setiu.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan