lightning-solid
Berita :
Program Bergerak Permudah Rakyat Akses Perkhidmatan Kerajaan
Program Bergerak Permudah Rakyat Akses Perkhidmatan Kerajaan
Rohayati Ripin
22 jam yang lepas
205

Oleh ; Anuar

BESUT, 20 Julai – Kerajaan negeri akan terus memperluaskan pelaksanaan program bergerak yang menghimpunkan pelbagai agensi di satu lokasi bagi memudahkan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan lebih cepat dan berkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, berkata penganjuran Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Terengganu 2026 membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terus sampai kepada rakyat tanpa mereka perlu menempuh perjalanan jauh.

"Kita mahu rakyat Kuala Besut sentiasa berada dalam lingkungan perkhidmatan yang memudahkan urusan mereka. 

"Program seperti ini bukan sekadar himpunan agensi, tetapi satu usaha mendekatkan kerajaan dengan rakyat. Setiap keluarga berhak mendapat maklumat, bantuan dan peluang yang boleh meningkatkan kesejahteraan hidup mereka," jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pendekatan menghimpunkan pelbagai agensi di bawah satu bumbung bukan sahaja memudahkan urusan rakyat.

Malah katanya, membolehkan mereka mendapatkan maklumat, menyelesaikan aduan serta mengetahui pelbagai bentuk bantuan dan peluang pembangunan kerjaya dalam satu masa.

Mini Karnival itu menghimpunkan beberapa agensi termasuk KWSP, MCMC, PTPTN, YAPEIM, Tabung Haji, PERKESO, TNB, Celcom, Takaful, THRDC dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau menambah lebih 70 penduduk hadir memanfaatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung, sekali gus membuktikan sambutan positif masyarakat terhadap inisiatif kerajaan mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat.


Tag :

Artikel Berkaitan