KUALA TERENGGANU, 13 Mei - Serahan kek sempena Hari Jururawat Sedunia menjadi simbolik penghargaan kepada warga jururawat yang sentiasa komited dan berkorban sebagai petugas barisan hadapan kesihatan negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, pengorbanan dan jasa para jururawat amat besar nilainya dalam memastikan kesejahteraan serta kualiti kesihatan rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kerana itu, kita raikan mereka dengan mengagihkan kek sempena Hari Jururawat Sedunia.
“Itu adalah cara kita menghargai mereka yang selama ini bertungkus lumus menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan program berkenaan merupakan inisiatif tahunan yang diteruskan saban tahun sebagai tanda penghargaan berterusan kepada warga jururawat dan petugas kesihatan.
“Program ini telah kita laksanakan sejak sekian lama dan insyaAllah akan terus diteruskan sebagai tanda sokongan serta penghormatan kepada mereka,” ujarnya lagi.
Tag :