WANGSA MAJU, 22 Ogos - Skuad E-Sport Terengganu berjaya menjelmakan satu pingat gangsa dalam acara E-Simulasi Perlumbaan Pantas Perseorangan Wanita Akhir, malam tadi.
Pingat pertama dari arena E-Sport yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hadir menerusi Chloe Choo Kay Shyan yang mengumpul 47 mata, 16 mata di belakang atlet tuan rumah yang meraih pingat emas.

Terdahulu, satu lagi pingat gangsa diraih dalam acara Perlumbaan Ketahanan Campuran yang di wakili Aisy Amani Zikry, Muhammad Haikal Irfan, Nur Aqilah Najwa dan Chloe Choo Kay Shyan.
Hari ini, Terengganu akan turun beraksi lagi dalam acara e - Football 2025 (Pasangan Lelaki), Street Fighter Individu dan Mobile Legend Wanita.