Jalur Gemilang
Berita :
Sungai Tok Gong Berpotensi Jadi Tarikan Rekreasi Tahunan
Sungai Tok Gong Berpotensi Jadi Tarikan Rekreasi Tahunan
Amir Ab Rahim
01 Oct 26
12

BESUT, 5 Oktober – Pertandingan Ngail Udang Galah Sungai Tok Gong berpotensi dijadikan acara tahunan bagi menghidupkan kawasan rekreasi berkenaan, selain memperkukuh hubungan komuniti setempat.

Pertandingan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pemancing tempatan dan penggemar aktiviti rekreasi itu turut memberi peluang kepada masyarakat menikmati keindahan Sungai Tok Gong sambil menyalurkan minat memancing udang galah atau ‘jenggo’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, penganjuran program berkenaan bukan sahaja menceriakan suasana sungai, malah menyediakan ruang kepada penduduk untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim menerusi aktiviti santai.

“Rezeki tak pernah tersalah alamat. Hasil kesabaran melayan rentapan ‘jenggo’ Sungai Tok Gong kali ini memang mantap.

“Kepada yang belum ada rezeki, jangan patah semangat. Tahun depan cuba lagi, kita buat hadiah lagi ‘grand’ di samping menikmati suasana sungai dan layan hobi bersama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut.

Azbi menambah, penganjuran secara berterusan juga mampu menjadikan aktiviti memancing sebagai salah satu tarikan rekreasi komuniti di kawasan berkenaan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menghargai komitmen pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan pertandingan tersebut berlangsung dengan lancar.

Penganjuran acara berkenaan dijangka diteruskan pada masa akan datang sebagai aktiviti tahunan, sekali gus memeriahkan kawasan rekreasi tempatan dan mengukuhkan keharmonian penduduk setempat.

Justeru itu, beliau turut merakamkan tahniah kepada semua pemenang dan pihak penganjur yang berjaya menjayakan pertandingan tersebut.


Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan