Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu Pengeluar Utama Benih Ikan Marin Negara Catat Peningkatan 15.5 Juta Ekor
Terengganu Pengeluar Utama Benih Ikan Marin Negara Catat Peningkatan 15.5 Juta Ekor
Hidayah Azlin
5 jam yang lepas
184

KUALA TERENGGANU, 21 September — Terengganu terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pengeluar utama benih ikan marin negara apabila mencatatkan pengeluaran sebanyak 15.5 juta ekor bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Perkembangan positif itu disumbangkan terutamanya menerusi pengeluaran benih spesies bernilai tinggi seperti ikan siakap dan kerapu hibrid bagi memenuhi permintaan sektor akuakultur tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, pencapaian tersebut mencerminkan keupayaan berterusan subsektor perikanan negeri dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara.


Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa rekod pengeluaran benih ikan marin di Terengganu menunjukkan trend peningkatan yang stabil saban tahun.

"Pada tahun 2024, sebanyak 15.0 juta ekor benih ikan marin telah direkodkan, sebelum jumlah tersebut meningkat kepada 18.3 juta ekor pada tahun 2025.

"Bagi tahun 2026 pula, sebanyak 15.5 juta ekor benih berjaya dikeluarkan setakat Ogos lalu, menunjukkan prestasi yang amat menggalakkan bagi tempoh lapan bulan pertama," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.


Peningkatan pengeluaran benih berkualiti secara konsisten ini dijangka terus memberi dorongan positif kepada para penternak, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan sektor akuakultur dan penternakan air masin di negeri ini.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan