Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu Peruntuk RM400,000 Bantu Waris Urus Jenazah
Terengganu Peruntuk RM400,000 Bantu Waris Urus Jenazah
Noraini Jusoh
6 jam yang lepas
296

KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM400,000 bagi pelaksanaan Program Dana Khairat Kematian Kerajaan Negeri 2026 untuk meringankan beban waris yang kehilangan ahli keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, program yang bermula pada 1 Oktober lalu itu bertujuan membantu waris menampung sebahagian kos pengurusan jenazah.

Menurutnya, sebanyak RM50,000 diperuntukkan kepada setiap daerah, melibatkan kesemua lapan daerah di negeri ini.

“Program ini menyasarkan rakyat Terengganu yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan dengan keutamaan kepada golongan B40 dan M40, kecuali penjawat awam serta pesara kerajaan.

“Permohonan diselaras melalui pejabat daerah bagi memastikan proses semakan dan penyaluran bantuan dilaksanakan secara telus, cepat dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Maliaman berkata, bantuan berkenaan diharap dapat mengurangkan tekanan kewangan waris ketika berdepan kehilangan ahli keluarga.

“Kita berharap program sebegini dapat melengkapi inisiatif kebajikan sedia ada serta membantu mengurangkan tekanan kewangan yang ditanggung waris ketika berdepan musibah kematian ahli keluarga,” katanya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan