lightning-solid
Berita :
Terengganu Terus Komited Perkasa Sektor Keterjaminan Makanan
Terengganu Terus Komited Perkasa Sektor Keterjaminan Makanan
Hidayah Azlin
15 jam yang lepas
108


KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu terus komited memperkasakan sektor keterjaminan makanan menerusi pengurusan tanah pertanian yang lebih teratur dan efisien menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, jawatankuasa berkenaan berperanan penting dalam menguruskan pelbagai urusan berkaitan tanah Kerajaan Negeri yang telah diwartakan khusus bagi tujuan pengeluaran makanan.

Menurut beliau, pengurusan yang ketat dan bersistem merangkumi urusan pajakan tanah serta penyeliaan tapak projek pertanian agar kawasan yang diwartakan dapat dimanfaatkan secara optimum oleh para pengusaha.

"Inisiatif ini penting bagi memastikan tanah-tanah pertanian bawah wartawan TKPM digunakan mengikut matlamat asal iaitu meningkatkan hasil pengeluaran makanan negeri serta menjamin bekalan makanan tempatan sentiasa mencukupi," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah TKPM Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, semalam. 

Langkah memperkemas pengurusan tanah melalui Jawatankuasa TKPM ini dijangka dapat memberikan kefahaman yang jelas serta kemudahan kepada para petani dan pelabur sektor agromakanan yang mahu mengusahakan tanah secara sah dan produktif.

Usaha berterusan ini sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu dalam memajukan sektor pertanian sebagai salah satu tonggak utama ekonomi dan kestabilan bekalan makanan negeri.


Tag :

Artikel Berkaitan