Berita :
Warisan Melayu Bukan Cerita Lama Tapi Sumber Asas Sains Yang Relevan
Warisan Melayu Bukan Cerita Lama Tapi Sumber Asas Sains Yang Relevan
Noraini Jusoh
17 jam yang lepas
191

Oleh : Fatimah Din

KUALA NERUS, 6 April - Warisan Melayu bukan cerita lama tetapi ianya daripada sumber yang relevan seperti asas sains.

Pensyarah Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Dr Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad berkata, asas sains merupakan disiplin yang berdiri di atas pemerhati, eksperimen, pengulangan dan rasional semua ada dalam pemikiran dan tamadun Melayu.

"Dalam bidang sains perubatan, kita temukan sistem yang tersusun, memerhati punca dan merawatnya seperti sakit radang diubati dengan kunyit, halia pencernaan, dan daun sireh sebagai antiseptik, perubatan tradisional pula yang digunakan secara berleluasa secara turun temurun adalah urut mengurut.

"Manakala dalam sains teknologi kejuruteraan pula, dilihat keupayaan nenek moyang kita membina kapal hasil daripada pemerhatian keseimbangan atas permukaan air.

"Begitu dengan juga dengan keris (mencampur besi yang ada tahap lebur yang berbeza pada bilah, sarung, hulu keris yang dibuat daripada kayu yang terpilih. Di tangan seorang pandai besi, logam bukan hanya sekadar besi tetapi hasil interaksi antara manusia, api dan ilmu,” jelasnya sewaktu mewakili Malaysia dalam pemidato Himpunan Alam Melayu yang diadakan di Stadium Sukan Negeri Terengganu, di sini, baru-baru ini.

Ujar beliau, seandainya nenek moyang tidak menguasai ilmu terutamanya ilmu sains tidak mungkin dapat membina satu tamadun/ peradaban yang hebat.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan