• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Institusi Rumah Tangga Faktor Utama Bentuk Masyarakat

BESUT, 29 Ogos – Institusi rumah tangga merupakan faktor utama kepada pembentukan masyarakat yang akan digerakkan dalam persekitaran.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tanpa institusi keluarga yang cemerlang, pembinaan sebuah negara yang stabil dan maju tidak akan tercapai dengan sempurna.

“Gagalnya pembentukan  institusi  keluarga maka  masyarakat kita akan berdepan dengan kegagalan dalam bentuk  mewujudkan hubungan harmoni di atara satu  sama lain yang mana bertitik tolak  daripada keharmonian rumah tangga itu sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program perasmian Jelajah Untukmu Wanita yang diadakan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh pada Jumaat yang lalu.

Menurutnya, institusi kekeluargaan adalah organisasi yang sangat penting diiktiraf oleh agama sendiri .

“kalau kita lihat perletakkan batu asasnya  bagi sebuah keluarga yang dibina itu bermula dengan satu lafaz  akad diterima dihadapan seorang iman maka daripada lafaz ringkas tadi mewujudkan satu  yang sangat baru dalam dua kehidupan manusia.

“Suatu yang diharamkan tiba-tiba dihalalkan agama  tanpa rasa takut, bimbang dan was-was kerana itulah  ia jaringan kehidupan muslim yang harus dilihat suatu kesan sangat  dalam  bagi orang muslim,” ujar beliau.

Beliau menambah, pendekatan dan pengulasan bersahaja  ahli panel memberikan satu suntikan yang sangat baik terutama nasihat  dalam bentuk bagaimana menjaga  kerukunan sebuah rumah tangga.​​​​​​​


Tag: