Berita :
Janaan Hasil Terengganu Melonjak RM454.69 Juta
Janaan Hasil Terengganu Melonjak RM454.69 Juta
Adli Mohamad
3 jam yang lepas
88

KUALA TERENGGANU, 23 April - Terengganu berjaya meningkatkan hasil janaan kerajaan negeri kepada RM454.69 juta pada 2025 berbanding RM267.77 juta pada 2024, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan KDYMM Pemangku Raja Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, pencapaian itu mencatatkan satu sejarah baharu buat negeri itu walaupun kerajaan negeri berdepan pelbagai tekanan yang disifatkannya sebagai 'paksa-rela'.

Menurutnya, antara tekanan yang dihadapi ialah kaedah pembayaran yang disifatkan sebagai 'ajaib', berbeza dengan layanan yang diterima negeri lain yang sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

“Alhamdulillah, dari sudut yang lain kita telah berjaya meningkatkan hasil janaan kerajaan negeri kepada RM454.69 juta untuk tahun 2025 berbanding RM266.77 juta (2024),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan KDYMM Pemangku Raja Terengganu sempena Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Untuk rekod, hasil kerajaan negeri pada 2025 adalah yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah Terengganu.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bersama-sama membantu meningkatkan hasil negeri.

Katanya, pencapaian itu sekali gus merealisasikan sebahagian daripada Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu (New Income Terengganu) yang menyasarkan hasil negeri lebih RM500 juta menjelang 2030.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan