• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jangan Sekat Hak Bersuara rakyat

KUALA TERENGGANU, 23 Januari – Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu berharap Kerajaan Persekutuan tidak menenggelamkan suara rakyat.

Pengerusi Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Wan Faizul Wan Abas berkata kerajaan perlu mendengar dan memberikan respon baik apabila pimpinan NGO ataupun rakyat menyampaikan hasrat dan hantaran ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara melibatkan kerajaan.

“Kita lihat banyak hantaran ditenggelamkan oleh kementerian komunikasi apabila dimuat naik di media sosial seperti facebook, tiktok dan sebagainya.

“Pihak kami juga telah beberapa kali mengalami situasi sedemikian untuk menjelaskan perkara yang betul terhadap situasi semasa di Malaysia namun dipadamkan oleh mereka yang berkenaan,” jelasnya.

Tambah Wan Faizul, pihaknya merasakan situasi berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan NGO.

Justeru, menyebabkan luahan rasa daripada rakyat terhadap kerajaan terpaksa dipendamkan.

“Sepatutnya apabila diberi amanah dan kuasa memegang tompok pemerintahan fokus penyelasaian isu-isu rakyat dan hendaklah melaksanakan polisi dan manifesto yang dijanjikan.

“Setakat ini, kami melihat kerajaan sekarang gagal melaksanakan manifesto yang ada contohnya menurunkan harga minyak, menunaikan hak royalti dan lain-lain,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: