• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Jelajah Belia Bentuk Peribadi Positif


Oleh: Wan Luqman Hakim 

BESUT 6 Disember- Program Jelajah Belia yang pertama kali diperkenalkan oleh kerajaan negeri bakal melahirkan generasi belia yang sihat minda dan mempunyai peribadi positif.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri prihatin dengan keperluan belia dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program yang bersesuaian.

Jelasnya, golongan belia perlu bertindak bijak menggunakan segala peluang dan kemudahan yang wujud di persekitaran mereka untuk memajukan diri.

"Kita nak orang berkata golongan belia kita bersifat positif, oleh itu kita perlu melakukan lonjakan paradigm dan sudah tentu ia bukanlah suatu perkara yang senang untuk dilaksanakan.

"Kita hendaklah mengambarkan sifat peribadi semangat kerja yang tinggi, rendah diri, rajin dan banyak sifat positif dalam setiap  kita,”katanya ketika menghadiri Program Jelajah EXCO Bersama Belia Terengganu Sejahtera di Kompleks Rakan Muda, Besut, di sini baru-baru ini.


Tambahnya lagi, Besut menjadi lokasi pertama untuk siri jelajah dan bakal diadakan di setiap jabatan supaya golongan belia mengetahui program-program yang boleh mereka sertai.

“Kita nak supaya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) mengambil bahagian dalam program belia ini supaya mereka menghindari sifat-sifat yang negatif.

“Ini membolehkan mereka mengalami, menghayati dan merasai dengan sepenuhnya setiap kegiatan dilakukan sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat serta tidak membiarkan diri mereka terjebak dalam kancah tidak bermoral untuk menjadi generasi lebih matang dan bijak,” katanya.

Tag: