lightning-solid
Berita :
Jelajah Promosi Silang Budaya Angkat Terengganu 6 Destinasi Utama Thailand
Jelajah Promosi Silang Budaya Angkat Terengganu 6 Destinasi Utama Thailand
Hafiz Rosli
1 jam yang lepas
65

BANGKOK, 7 Februari - Jelajah promosi Silang Budaya Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) berjaya mengangkat nama Terengganu sehingga tersenarai sebagai destinasi ke-6 pilihan pelancong Thailand ke Malaysia, selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Pahang (Genting Highlands).

Duta Besar Malaysia ke Thailand, TYT Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, penganjuran jelajah promosi seumpama ini memberi pendedahan langsung kepada masyarakat Thailand mengenai keindahan seni, budaya dan tarikan pelancongan Terengganu.

“Sebelum ini, Terengganu tidak berada dalam senarai lima destinasi utama pelancongan Thailand. Namun hasil usaha promosi berterusan termasuk konvoi jelajah silang budaya melibatkan 23 motosikal berkuasa tinggi, negeri itu kini semakin dikenali dalam kalangan masyarakat Thailand.

“Pendekatan turun padang dan promosi rentas negara ini berjaya meningkatkan kesedaran serta minat pelancong Thailand untuk berkunjung ke Terengganu dan Malaysia, sekali gus menyokong sasaran TMM2026,” jelasnya.

FB_IMG_1770401633137.jpg 260.51 KB


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Promosi Pelancongan Terengganu dan Program Silang Budaya Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 bertempat di Kedutaan Malaysia ke Bangkok di sini baru-baru ini.

Konvoi tersebut bermula dari Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dan merentasi beberapa wilayah utama Thailand termasuk Hua Hin, Bangkok, Phitsanulok, Chiang Mai, Pai, Mae Sot, Kanchanaburi, Chumphon dan Hat Yai.

Program tersebut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris, Pengasas ECMC, Tengku Seri Temenggung Raja Terengganu, Tengku Datuk Seri Baharuddin bersama pegawai Jabatan Pelancongan Terengganu.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Hilman Hajijan berkata pelbagai acara dan produk pelancongan negara, termasuk tarikan utama di Terengganu, diketengahkan kepada pasaran antarabangsa bagi menarik minat pelancong luar negara untuk berkunjung ke Malaysia.

“Penganjuran program Silang budaya ini membuka ruang kerjasama strategik antara pemain industri pelancongan Malaysia dan Thailand, khususnya dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong ke Malaysia dan seterusnya ke negeri Terengganu.

“Termasuk memperkukuh pembangunan pelancongan lintas sempadan (cross border tourism) antara kedua-dua negara,” katanya ketika program berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya, kejayaan menembusi senarai enam destinasi teratas itu dilihat sebagai petanda positif terhadap potensi Terengganu sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, sekali gus membuka peluang kerjasama lebih luas dengan industri pelancongan Thailand.
FB_IMG_1770401619864.jpg 285.77 KB


Tag :

Artikel Berkaitan