• 25 Jul 2024 | 18 Muharam 1446

JPKK Taman Perumahan Gong Pauh Juara Kereta Berhias

KEMAMAN, 29 Jun - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Perumahan Gong Pauh dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Kenderaan Berhias Peringkat JPKK Bagi Daerah Kemaman Tahun 2024, semalam.

Dalam majlis yang diadakan di Padang Astaka Kemaman itu, JPKK Taman Perumahan Gong Pauh membawa pulang hadiah cek cura bernilai RM3000 dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi oleh JPKK Felda Kertih dengan hadiah berupa cek cura bernilai RM2000 dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi JPKK Geliga Jambatan dengan hadiah cek cura bernilai RM1000 dan sijil manakala JPKK Air Putih Zon C (RM600), JPKK Geliga Permai (RM500), JPKK Pengkalan Pandan (RM400), JPKK Bakau Tinggi (RM350), JPKK Air Putih Zon B (RM300), JPKK Geliga Baru (RM250) dan JPKK Pekan Kerteh (RM200) masing-masing di kedudukan keempat hingga kesepuluh.

Pertandingan kenderaan berhias ini merupakan anjuran bersama oleh Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kemaman dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai.

Terdahulu, semua kenderaan ini dibawa berarak mengelilingi bandar Cukai untuk dipamerkan kepada warga di daerah ini dimana majoriti mereka berkumpul di sepanjang laluan perarakan berlangsung dan masing-masing kelihatan begitu teruja dengan perarakan kenderaan berhias ini.

Kenderaan berhias Daerah Kemaman yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Kenderaan Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun ke-62 Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu turut menjadi tumpuan utama masyarakat di sini.

Turut dipamerkan dalam perarakan ini iaitu beca berhias milik EPIC Berhad dan Ladang Rakyat Terengganu Sdn.Bhd.