• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

JPNT Perkenal Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan


Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menganjurkan Bengkel Pertabuhan Tunas Gamelan dalam usaha menyemarakkan rasa kecintaan terhadap seni dan warisan gamelan negeri.

Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata bengkel tersebut diadakan sempena Festival Gamelan Sedunia yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 Ogos nanti.

Katanya, usaha tersebut dijalankan bagi mencari serta memupuk bakat-bakat baru dalam seni gamelan selain menyerapkan rasa kecintaan terhadap muzik tarian gamelan.

"Penglibatan lebih 30 pelajar berusia dalam lingkungan 10 hingga 16 tahun dari tiga sekolah di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu berdasarkan kepada minat mereka dalam seni gamelan ini.


"Selain itu, kita juga ingin menyerapkan rasa kecintaan terhadap muzik dan tarian gamelan kepada mereka seawal usia agar mereka dapat menghayati emosi persembahan muzik gamelan ini sendiri," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam majlis Pra Perasmian Festival Gamelan Sedunia di Warisan Sari, Kuala Nerus, hari ini.

Tambah Tun Faisal, pengajuran Festival Gamela Sedunia diharapkan dapat menjadi platform dalam meningkatkan jalinan interaksi serta pertukaran idea dan pengalaman ke arah kemantapan penghayatan pengetahuan seni.


Katanya, festival tersebut juga bakal menonjolkan dimensi baru dalan memartabatkan persembahan muzik dan tarian gamelan.

Dijangkakan seramai 220 peserta akan melibatkan diri dalam festival tersebut termasuk empat kumpulan dari luar negara.

Antara kumpulan yang akan melibatkan diri adalah dari Istana Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tag: