• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jualan Hari Pertama PJKM Cecah RM82,358.30

Oleh : Mohd Fauzi Mat Adam

MARANG, 20 Jun - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM)  mendapat sambutan hangat dengan mencatatkan hasil jualan hampir RM82,358.30 pada hari pertama diadakan disini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Shaharuddin Mohd Kia berkata, jumlah kehadiran direkodkan ke PJKM semalam pula hampir 1,200 pengunjung.

"PJKM ini merupakan satu inisiatif kerajaan menerusi KPDNHEP Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Pejabat Parlimen Marang untuk membantu pengguna atau rakyat yang berhadapan situasi kenaikkan harga barang, " katanya. 

Beliau ditemui oleh wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Parlimen Marang di tapak program yang diadakan di kampung Sena Rendang, Bukit Payong di sini, semalam.

Menurutnya, perlaksanaan program ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah yang juga Exco kerajaan Negeri telah memberi sedikit insentif untuk menurunkan lagi sedikit harga terutama barang keperluan permintaan tinggi seperti daging dan ayam.

"Jualan ini memfokuskan kepada kegunaan isi rumah sahaja dan bukan untuk golongan peniaga. Justeru, pengguna disaran mengambil peluang untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka dengan potongan harga sehingga 20 peratus lebih murah berbanding pasaran biasa," katanya lagi


Tag: