• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Karnival TMBS Rantau Abang Tawar Aktiviti, Hadiah Menarik

DUNGUN, 4 Ogos- Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik dibawakan pada Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) yang akan berlangsung di Padang Bola Seberang Pintasan disini, selama tiga hari bermula hari ini.

Pengarah Karnival TMBS DUN Rantau Abang, Abdullah Fahim Hussin berkata, antara tawaran istimewa termasuk hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal yang diadakan pada setiap malam sepanjang karnival tersebut.

"Peluang untuk memiliki motosikal percuma terbuka luas kepada pengunjung karnival TMBS, selain banyak lagi hadiah menarik yang mesti direbut setiap hari termasuk wang tunai, barangan elektrik, basikal dan lain-lain.

"Untuk hadiah utama, terbuka hanya kepada pengundi di DUN Rantau Abang yang  mendaftar setiap hari secara 'scan QR Code' di tapak karnival bermula 5 petang sehingga 8.30 malam dan mestilah membawa kad pengenalan, untuk hadiah - hadiah lain terbuka kepada semua pengunjung," ujarnya.

Abdullah Fahim berkata demikian ketika ditemui di tapak program di sini petang semalam.

katanya, beliau berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan semua pihak terlibat dalam membuat persiapan untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di DUN itu. 

"Datanglah, karnival ini macam - macam ada, untuk lepaskan stress, bersantai bersama keluarga dan kawan - kawan, ada acara-acara yang boleh disertai tak kira kanak-kanak, orang dewasa, wanita atau pemuda,

" Nak bertemu selebriti yang selama ni kita tengok kat tv je, boleh dan yang menariknya Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan merasmikan karnival ini," ujarnya.

 


Tag: