Artikel "Utama" Terkini
Ahmad Samsuri Mulakan ‘Langkah Parlimen’ Hari ini
KUALA LUMPUR, 26 Februari – Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bakal memulakan langkah di Dewan Rakyat susulan Pembukaan Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-15 hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, beliau berkata perasaan bersidang di Dewan Rakyat sangat berbeza berbanding ketika berucap di...
26 Feb 24
592
'Janji Macam-macam, Tapi Gagal Tunai' - Ahmad Samsuri
BESUT, 26 Februari – Seorang pemimpin politik dalam negeri mahupun negara perlu jelas apabila berjanji supaya tidak menimbulkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua pemimpin dinasihat agar tidak berjanji macam-macam namun tidak dapat ditunaikan.
“Saya tak nak masuk dalam kategori yang berjanji...
26 Feb 24
1025
10,000 Peminat Skuter 'Gegar' Terengganu
KUALA NERUS, 25 Februari - 10,000 peminat skuter dari seluruh negara memeriahkan program Scooterian Mega Gathering 2.0 yang berlangsung di Taman Tasik Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, program yang sudah memasuki penganjuran kedua itu telah...
25 Feb 24
3327
Ambil Kesempatan Hasilkan Patung Penyu Sendiri
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Rakyat digesa merebut peluang menghasilkan patung penyu sendiri bagi menambah pendapatan dengan menjadikannya sebagai cenderahati.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, adalah satu kerugiaan jika tidak ramai rakyat yang berusaha menghasilkannya kerana akan menyebabkan berlaku lambakan patung...
25 Feb 24
875
123 Warga Hulu Besut Terima Hak Milik Tanah
BESUT, 24 Februari – Seramai 123 peserta di 12 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut telah menerima dokumen hak milik atau geran tanah pada hari ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kesemua peserta di 12 RTB yang terlibat adalah di RTB Sungai...
24 Feb 24
588
KBTM Sasar 150,000 Pengunjung
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (KBTM) yang diadakan selama empat hari bermula 22 hingga 25 Februari di Dataran Shahbandari dijangka dihadiri lebih 150,000 pengunjung tempatan dan luar Terengganu.
KBTM yang dianjurkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) itu menyajikan puluhan aktiviti antaranya jualan pakej pelancongan, persembahan silat,...
24 Feb 24
686
Terengganu, Korea di Fasa Akhir Muktamadkan Kerjasama Pelaburan
BESUT, 24 Februari – Kerajaan Negeri bakal memuktamadkan kerjasama dengan pelabur dari Korea Selatan dalam sektor berkaitan Hidrogen Hijau.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya telah melakukan beberapa perbincangan serius dengan pihak pelabur dari negara berkenaan.
“Sebenarnya pelbagai pelabur yang sedang berunding dengan kerajaan negeri dari...
24 Feb 24
612
Pasar Besar Jerteh Pulih, Peniaga Senyum Lebar
BESUT, 24 Februari – Kerajaan negeri pada hari ini merasmikan pembukaan Pasar Besar Jerteh yang merupakan antara projek terbengkalai yang berjaya dipulihkan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai isu menyebabkan pasar yang sepatutnya siap pada 2019 tertangguh kerana COVID19 sehinggalah bersambung awal tahun 2022 dan siap...
24 Feb 24
900
Ahad Diangkat Sebagai Hari Batik Terengganu
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Kerajaan Negeri mengisytiharkan bahawa Ahad akan dikenali sebagai hari batik di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, untuk fasa pertama pihaknya mengalakkan penjawat awam, pekerja swasta, usahawan dan mereka yang bekerja sendiri untuk memakai batik....
24 Feb 24
1305
Awang Nelang, Mek Ara Jadi Maskot Penyu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Maskot Terengganu iaitu penyu jantan dan betina kini telah memiliki nama iaitu Awang Nelang dan Mek Ara.
Melalui Pertandingan Mencipta Nama Maskot Penyu, dua nama tersebut telah dipilih dan Norasyikin Sulong, 32, dari Kemaman serta Suraya Hanum Zarudin, 34, dari Selangor telah dinobatkan sebagai juara...
24 Feb 24
2873