• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kecemerlangan Bersama Islam

KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kecemerlangan dalam hidup adalah apabila kita menjalani kehidupan seharian dengan bersama-sama mengamalkan setiap yang diajar dalam Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar berkata Islam sebagai cara hidup telah di gariskan secara menyeluruh.

"Kalau hendak makan, boleh makan tangan kanan atau kiri, tetapi Islam menetap hendak makan tangan kanan, begitu juga dalam perkara besar, misalnya politik, untuk mentadbir, kena mentadbir dengan politik Islam," katanya.

Tengku Hassan berkata demikian ketika berucap meraikan pelajar-pelajar cemerlang dalam majlis Hi- Tea Pelajar Cemerlang Bersama YB DUN Ladang di Hotel Permai di sini, semalam.


Tag: