• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Keceriaan Mereka, Kegembiraan Saya - Amzad Hashim

Haji Amzad membantu salah seorang penerima bantuan mencuba saiz kasut.
Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim meluahkan kegembiraannya ketika melihat wajah ceria anak-anak yang memilih seragam sekolah baharu.

Katanya, beliau gembira apabila melihat air muka kegembiraan anak-anak yang mendapat Bantuan Pakaian Sekolah yang diagihkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Terengganu.

"Saya sendiri menyaksikan riak wajah keceriaan dan keterujaan anak-anak ini semasa memilih pakaian sekolah. Program ini sangat baik dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam membantu golongan kurang berkemampuan.


"Banyak respon positif yang saya terima daripada ibu-bapa yang datang atas komitmen kerajaan dalam membantu rakyat. Tambahan pula, barisan tenaga kerja di setiap DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu tidak berhenti bekerja dari awal pagi hingga ke lewat petang," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2019 di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bandar baru-baru ini (12 Disember).


Oleh kerana musim hujan yang melanda sekarang, beliau turut memberi lebih 200 batang payung kepada keluarga yang datang.

Turut hadir, pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bandar. Sekitar lebih 10,000 orang menerima bantuan ini di seluruh kawasan Kuala Terengganu.

Tag: