• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Kehadiran Paduka Anakanda Sultan Terengganu Tarik Perhatian Ramai

KUALA TERENGGANU, 3 April- Kehadiran DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi kekandanya, Tengku Puteri Utama Raja serta adindanya, Tengku Puteri Daulath Raja yang berkenan mencemar duli berkunjung ke Bazar Ramadan Kuala Ibai, petang semalam menarik perhatian pengunjung yang hadir.

Keberangkatan tiba anakanda-anakanda Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu sekitar jam 5.30 petang disambut Setiausaha Kerajaan Negeri; Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT); Rosli Latif, pegawai daerah Kuala Terengganu, Azran Amin Mazlan serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Sepanjang kunjungan di lokasi berkenaan, ramai pengunjung tidak melepaskan kesempatan untuk menyapa Yang di-Pertuan Muda Terengganu serta kekanda dan adindanya.

Paduka anakanda-anakanda turut berkenan menyampaikan kurnia kepada kanak-kanak yang hadir di sana selain berkenan berswafoto bersama sebahagian pengunjung di lokasi.

Yang di-Pertuan Muda Terengganu bersama paduka anakanda -anakanda berangkat pulang sekitar jam 6.15 petang.

 


Tag: