• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Exco YB Hj Hanafiah Mat



Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN, 13 Okt 2018 - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan negeri(DUN) Chukai dengan  kerjasama Pemuda Pas DUN Chukai (PPDC) telah menganjurkan perlawanan Bola Sepak di Stadium Mak Chili, di sini, semalam.

Perlawanan yang berlangsung selama dua hari bermula jumaat itu disertai 32 pasukan.




ADUN Cukai, Yb Hj Hanafiah Mat berkata, perlawanan bola sepak bukan sekadar perlawanan, ia juga merupakan ruang untuk merapatkan hubungan sesama Islam.

"Bagi yang berjaya, saya ucapkan tahniah, yang tidak berjaya, teruskan pejuangan dalam arena bola sepak ini.

"Terima kasih dan tahniah kepada penganjur dan urusetia atas jemputan dan anjuran program yang sihat ini," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Stadium Mak Chili, di sini semalam.

Turut Hadir, Penyelia i-MiTS Cukai, Dr Megat Suhaimi dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Belia i-MiTS Chukai, Hamka Hashim.


Tag: