• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Kelulut FC Juara Piala ADUN Rhu Rendang

Kelulut FC.


MARANG, 28 Julai – Pasukan Kelulut FC muncul sebagai juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang 2019 setelah mengenepikan cabaran Rhu Rendang FC dengan jaringan 2-0.

Rhu Rendang FC terpaksa akur menerima kekalahan selepas dua jaringan Mohammad Khairul Nizam Abdul Wahab pada setiap babak perlawanan berjaya menjulang Kelulut FC.

Jaringan Khairul Nizam pada minit ke-7 dan 50 itu turut menobatkan dia sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kejohanan bolasepak yang telah membuka tirai pada 4 April lepas dengan penyertaan 23 pasukan dari seluruh DUN Rhu Rendang itu ditutup dengan perlawanan akhir di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM), di sini semalam.

Kejohanan yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar yang juga ADUN Rhu Rendang, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Aksi menarik kedua-dua pasukan.
Ahmad Samsuri ketika berucap selepas perlawanan berkata, kerajaan negeri komited merancakkan aktiviti pelbagai bidang sukan di daerah ini khususnya bola sepak supaya setanding dengan daerah lain di negeri ini.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong.

Dalam kejohanan tersebut, juara membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta piala pusingan diikuti naib juara RM2,000 dan ketiga RM1,000.


Tag: