• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kem Smart Huffaz Lahirkan Generasi Cinta Al-Quran


Oleh : Jusmawari Jusoh

BESUT, 19 Disember- Bagi melahirkan generasi huffaz, Pengasas Tahfiz An-Nur Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor mengadakan Kem Smart Huffaz pada musim cuti persekolahan yang bertempat di Kompleks Pendidikan An-Nur Besut, Kampung Alor Belanga, Hulu Besut, di sini.

Dr. Riduan yang juga Penyelaras Parlimen Besut menjemput Mudir Pusat Dakwah Serantau, Ustaz Misbahul Munir Masduki bagi membimbing peserta program ilmu itu supaya menjadi remaja lebih baik dan celik al-Quran.

Sementara itu, menurut Misbahul, semua peserta perlu bertakwa dan menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah SWT.


"Semoga anak-anak semua dirahmati Allah SWT dan menjadi huffaz satu hari nanti. Menjadi umat yang sentiasa mencintai al-Quran.

"Alhamdulillah, kami para pendidik akan teruskan dan kekal program-program seperti ini apabila tiba musim cuti supaya mampu memberi manfaat kepada remaja-remaja agar tidak terus lalai dengan arus teknologi gajet dan sebagainya,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada 120 peserta Kem Smart Huffaz 2018, semalam.

Dalam pada itu, Tahfiz An-Nur Besut turut menempatkan 30 pelajar dan selepas ini, pusat pengajian agama itu merancang untuk mengambil peserta di kalangan warga emas.




Tag: