lightning-solid
Berita :
Kem Smart Solat Bimbing Anak Komuniti Dalami Ibadah
Kem Smart Solat Bimbing Anak Komuniti Dalami Ibadah
Izzat Al-qushairi
17 jam yang lepas
82

KUALA NERUS, 31 Disember – Seramai 80 anak komuniti Bukit Cempaka telah menyertai Kem Smart Solat yang berlangsung pada 29 Disember 2025 di Masjid Bukit Cempaka baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program itu memberi tumpuan kepada pengukuhan kefahaman serta penghayatan ibadah solat dalam kalangan remaja. 

Katanya, antara pengisian utama ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bacaan dalam solat, amali wuduk, serta amali solat, yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman.

"Penganjuran kem ini bukan sahaja membantu pelajar memahami dengan lebih jelas rukun-rukun solat, malah memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan bacaan dan pergerakan solat dengan betul. Ia juga menekankan kepentingan penghayatan solat sebagai nadi kehidupan seorang Muslim.

"Menurut guru pembimbing, solat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga benteng utama dalam membentuk akhlak mulia serta disiplin diri," katanya.

Tambah beliau, kem tersebut diharap dapat menjadi titik tolak kepada pelajar untuk mengamalkan solat dengan sempurna, sekali gus melahirkan generasi berilmu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.


Tag :

Artikel Berkaitan