• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Kemalangan Penyebab Kadar Kematian Tertinggi

Ustaz Wan Sukairi (kiri) beramah mesra dengan seorang pemandu SMPJPJ.

Oleh: Wan Luqman Hakim 

KUALA NERUS - Boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku perperangan dan juga ada kematian di Gaza, Palestin. Jika dibandingkan kematian akibat kemalangan yang berlaku di Gaza, jauh lebih besar jurangnya berbanding dengan kemalangan yang berlaku di Malaysia.


Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia adalah suatu perkara yang pelik, kerana biasanya tempat yang berlaku peperangan banyak berlaku kematian namun kematian banyak juga terjadi di negara yang tiada peperangan.

"Di Malaysia tidak ada perperangan, tetapi kematian berlaku hampir setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ketika merasmikan Program Skuad Muda JPJ (SMJPJ), di Litar Gong Badak, di sini, kelmarin (17 Ogos).


Katanya, dalam tempoh 6 bulan bermula bulan Januari hingga Jun tahun ini, Terengganu mencatatkan 5,403 kemalangan dan 147 kematian.

"Ini adalah suatu angka yang tinggi sebenarnya.

"Menyedari tentang perkara ini, maka skuad muda JPJ ingin mencuba suatu perkara yang baru.

"Ianya bertujuan supaya kita berjaya menuntut perkara yang diingini dengan mengenengahkan konsep-konsep dan pendekatan-pendekatan yang boleh dilaksanakan," ujarnya.


Tambah beliau, setiap rancangan akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang akan dicapai dan mendapat kejayaan.

"Program ini akan membakar semangat agensi-agensi kerajaan yang lain.

"Mudah-mudahan program ini akan memberi inisiatif yang baru kepada kita dengan adanya ilmu untuk menghindari dan mencapai angka sifar kemalangan," jelasnya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri.

Tag: