• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kembali Bersatu, Elak Permusuhan - Ahmad Samsuri

Ahmad Samsuri bersama penduduk pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Masyarakat terutama umat Islam di negeri ini diminta kembali bersatu dan menjalinkan silaturahim sekiranya wujud persengketaan sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru- baru ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tidak elok sekiranya antara kita berterusan menyimpan  perasaan dendam dan buruk sangka.


Katanya, sifat bersengketa itu amat dibenci Allah SWT dan juga Rasulullah SAW, oleh itu marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan antara jiran, rakan sekampung dan kawan pejabat pada bulan yang mulia ini.

"Mulai hari ini tanamkan azam untuk bersikap mulia, berbaik sangka dan menjaga adab serta perilaku.

"Setiap perbuatan dan perilaku pastinya akan menjadi contoh kepada masyarakat negeri lain, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tazkirah Ramadan di Masjid Jamek, Pengadang Baru, Kuala Terengganu, petang ini.

Ahmad Samsuri turut berpesan supaya jangan sombong serta bangga dengan pangkat dan jawatan yang dipegang kerana semua itu, cukup kecil nilainya di sisi Allah.

"Apa yang penting setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul perlu laksanakan sebaik mungkin,"katanya.

Tag: