• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kerajaan Gesa Para Atlet Berjuang Bersungguh-Sungguh

Ustaz Sulaiman Sulong berucap dalam program tersebut. Foto - Harish Fadzillah
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menggesa agar para atlet Persatuan Asian Lawn Bowls Terengganu dan Malaysia berjuang bersungguh-sungguh melawan atlet dari negara lain dalam Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong berkata, semua atlet yang mewakili Malaysia harus mempersembahkan mutu pertandingan  dan mendapat kemenangan.

Beliau juga berkata, semua kontijen harus memberi cabaran yang terbaik untuk pastikan mendapat nombor di peringkat Asia.


“Kita mengharapkan para atlet menunjukkan semanagat kesukanan. Kalau kalah pun tidak mengapa. Tiada masalah.

"Yang penting kita tunjukkan semangat kesukanan dan dalam masa yang sama membuktikan bahawa semangat  kesukanan dan tautan ukhuwah di antara  seluruh atlet yang bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Rasmi kejohanan Asian Lawn Bowl Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 di Dewan Permata, Hotel Permai Inn pada Ahad, 26 Ogos.


Katanya, beliau mahu para atlet menunjukkan bahawa mereka membawa dakwah Islam sebagaimana Negeri Terengganu meletakkan tema Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Justeru, beliau mengucapkan selamat bertanding kepada seluruh atlet khususnya atlet yang mewakili Negeri Terengganu dan Malaysia.



Tag: