• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Jaga Rakyat Untuk Bahagia Dunia Dan Akhirat

Alias Harun

Oleh :Nooreni Abu Bakar.

DUNGUN  1 Januari- Kerajaan PAS Terengganu bukan sahaja ingin memenuhi kehendak rakyat dengan menunaikan kebajikkan duniawi tetapi juga menjaga rakyat untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, berkata kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dr Samsuri Mokhtar  'komited' mengotakan janji-janji manifesto yang memberi kesenangan kepada rakyat.

"Karnival kahwin, hapuskan cukai pintu dan tunggakannya itu adalah untuk kemudahan di dunia, untuk akhirat dunia dan akhirat kerajaan laksanakan undang takzir, tangkap orang tak solat, sebat pasangan lesbian.

"Kerajaan juga telah melaksanakan sukan patuh syariah dan baru saja merasmikan hotel Paya Bunga yang memperkenalkan prinsip patuh syariah,"katanya ketika diminta mengulas kedatangan tahun baharu 2019,  di sini semalam.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang itu juga, berkata kerajaan tidak mengambil masa yang lama untuk perlaksanaan sesuatu perkara yang memberi impak positif rakyat.

Tambahnya lagi, pembangunan dan perlaksanaan daripada kerajaan terdahulu, tetapi apabila memberi kebaikan kepada rakyat juga diteruskan.

"Contohnya dana remaja, bantuan persekolahan, kita teruskan dengan penambahbaikan, dengan sikap telus kerajaan untuk setiap yang layak," ujarnya lagi.

Jelasnya, dengan berpandukan apa yang dirangka di dalam Pelan Tindakan Terengganu Sejahtera(PITAS), kerajaan akan mencorak pembangunan lebih terancang dan memberikan faedah meluas kepada rakyat.

Tag: