• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Komited Tunai Janji

Oleh : Mustaqim Afandi

Besut,22 Julai- Penyerahan geran hak milik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang  yang telah dinafikan hak mereka pada suatu ketika dahulu membuktikan kerajaan negeri komited dalam menunaikan janji manifesto sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri kini sedang dalam proses untuk menyelesaikan kesemua RTB-RTB yang ada bagi mengembalikan hak rakyat yang pernah dinafikan.

“Baki penerima geran hak milik tanah dan borang 5A bagi yang layak di daerah ini akan menerima hak milik dalam masa terdekat. RTB yang diganti itu bertempat di SPKA Kluang, Besut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyerahan Geran Hak Milik itu sempena Majlis Pelancaran Rumah Darul Iman (Rahman) 'Rumah Patuh Syariah' Di Kawasan Dendong, Mukim Tembila, Daerah Besut, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penerima Abu Bakar Mamat, 57, salah seorang penerima geran hak milik itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu kerana menunaikan janji dan cakna kepada rakyat.

.


Tag: