• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Peruntuk RM2 Juta Imarah Masjid, Surau



Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM2 juta kepada 504 buah masjid dan kira-kira 1,300 surau seluruh negeri bagi menggerakkan kegiat­an mengimarahkan institusi itu pada Ramadan tahun ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Wan Ismail Sahami Wan Omar berkata, setiap masjid akan menerima RM1,000 manakala bagi surau pula sebanyak RM300.

“Bantuan yang kita beri hari ini adalah sumber kewangan dari kerajaan negeri kepada JHEAT untuk disalurkan kepada masjid dan surau seluruh negeri.


“Peruntukan ini bagi membantu masjid dan surau mengadakan program Ihya Ramadan sempena bulan puasa kali ini seperti tadarus al-Quran, gotong-royong di masjid dan tanah perkuburan dan lain-lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan Peringkat Negeri di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri turut menyumbangkan sebanyak RM2,000 bagi setiap jawatankuasa masjid untuk perbelanjaan pengurusan untuk aktiviti-aktiviti masjid.

Tag: