Kerajaan Terengganu Ingin Rakyat Bahagia Dunia Akhirat
Oleh: Fatimah Din
Foto: Wan Noor Afifah Wan Nelang
MARANG, 22 Februari - Hasrat Kerajaan Negeri Terengganu bukan sahaja untuk rakyatnya hidup sejahtera di dunia malah ingin mereka bahagia di dunia dan juga akhirat.
Pegawai Khas Pusat Khidmat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Rhu Rendang, Ustaz Fakhruddin Zakaria berkata pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan agar mereka hidup lebih selesa.
"Skim Tabung Usahawan, pengecualian cukai pintu, pencen rakyat, Kad Sejahtera , Lesen Motosikal Percuma antara manifesto yang dijanjikan dan telah dilaksanakan adalah untuk memudahkan kehidupan seharian," jelasnya.
Beliau menjelaskan demikian ketika berucap sempena Kempen Penerangan DUN Rhu Rendang di Pasar Minggu Gong Mengawan di sini.
Turut bersama dalam program ini Ameerah DUN Rhu Rendang, Ameerah cawangan yang membawa kemeriahan dengan agihan belon, tudung, buku yang dibekalkan oleh Didik Ulama' Amilin Terengganu (DUAT) DUN Rhu Rendang.
Dalam masa yang sama, katanya kerajaan juga mengadakan Program Penghayatan Ibadah Solat sempena Isra' Mikraj.
"Dimana menjadi kewajipan ke atas kita semua untuk solat lima waktu yang menjadi penentu kejayaan dalam kehidupan,
"Kerajaan Negeri Terengganu juga turut melakukan operasi bagi lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat yang juga merupakan pencegahan dan tanggungjawab bersama supaya masyarakat patuh akan perintah Allah." ujarnya.
Katanya, sepanjang bulan Februari ini, juga diadakan kempen Hijab Day untuk untuk memberi kesedaran menutup aurat dengan pelbagai pengisian samping adanya dakwah jalanan di setiap Parlimen.
"Berbicara memakai tudung sebenarnya yang lebih besar adalah menutup aurat.
"Seluar , baju jangan ketat, begitu juga bila di media sosial seperti tik tok, jangan berjoget, melompat-lompat" tegurnya lagi.