KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Komposer lagu yang menjadi ikonik kerajaan negeri, Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera yang dinyanyikan oleh Soutul Amal, Dr (H) Megat Suhaimi Megat Idrus telah kembali ke rahmatullah.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau telah meninggalkan jejas amal dan karya perjuangan yang selalu menaikkan semangat terutama untuk pejuang PAS.
"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat perjuangan Islam dan Masyarakat. Jasa, sumbangan serta keikhlasan allahyarham akan sentiasa dikenang,"ujarnya melalui satu kenyataan, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Ahmad Samsuri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.
"Semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
"Saya mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh," ujar beliau.