• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Korban Perdana Parlimen Setiu Tumbangkan Sembilan Ekor Lembu

SETIU, 14 Julai- Sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan dalam Program Korban Perdana anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Setiu, semalam.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnanin Abd Kadir berkata, lapan ekor lembu yang dikorbankan itu dagingnya diagihkan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seekor lagi dikorbankan untuk jamuan rakyat di perkarangan Masjis Kg Che Long.

"Kita telah mengagihkan kira-kira 1,700 bungkusan daging lembu kepada seluruh penduduk Setiu yang diagihkan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing. 

"Semoga ibadah ini diterima oleh Allah S.W.T," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Sembelihan Kg Che Long, semalam. 


Tag: