lightning-solid
Berita :
KQT Bakal Tawarkan Lima Ijazah, Komited Jadi Kolej Universiti
KQT Bakal Tawarkan Lima Ijazah, Komited Jadi Kolej Universiti
Adli Mohamad
10 jam yang lepas
235

MARANG, 12 Februari - Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) bakal menawarkan lima Ijazah Sarjana Muda pada tahun ini bagi memenuhi prasyarat untuk menjadikan KQT sebagai sebuah Kolej Universiti bagi menyediakan peluang pendidikan terbaik kepada anak-anak Terengganu.

Pendaftar KQT, Abdul Hadi Harun berkata, KQT akan mengadakan kerjasama dengan dua buah universiti bagi menawarkan Ijazah Sarjana Muda yang dijangka akan mula mengambil pelajar pada September tahun ini.

IMG-20260201-WA0120.jpg 106.84 KB
"Melalui Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS) kita akan menawarkan peringkat Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Pengajian Qiraat dengan kepujian.

"Selain itu yang akan turut ditawarkan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda ini ialah Bahas Arab dengan kepujian, Usuluddin dengan kepujian.

"Bagi merealisasikan perkara ini satu Memorandum Persefahaman (MoU) diantara pihak KQT dan UNISHAMS akan ditandatangani pada 10 Februari ini,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di KQT, Kampus Padang Midin, di sini, hari ini.

IMG-20260201-WA0111.jpg 308.76 KB

Mengulas lebih lanjut beliau berkata, satu lagi tawaran pengajian yang akan dibuka adalah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

"Ini akan melibatkan kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

"Adalah menjadi harapan KQT agar dengan adanya program ijazah ini akan memberi peluang yang lebih baik kepada para pelajar kolej ini yang sedang mengikuti program Diploma juga kepada para pencinta al-Quran dan tahfiz untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi," ujar beliau.


Tag :

Artikel Berkaitan