• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

'Kucar' Bubur Asyura Rapatkan Ukhwah




Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT-  Penganjuran Karnival Pertandingan Bubur Asyura menjadi medium merapatkan silaturrahim antara penduduk  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata aktiviti ini merupakan medan terbaik untuk pemimpin merapatkan ukhuwah dan berkenalan dengan masyarakat setempat.

"Saya sangat gembira dan bangga dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di DUN Kuala Besut pada hari ini. Saya harap program ini dapan menjadi medium untuk merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain.

"Kita akan pastikan acara sebegini dijadikan acara tahunan bagi penduduk Kuala Besut supaya kemeriahan dan kegembiraan ini dapat dinikmati oleh semua tidak kira siapa pun,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Karnival Pertandingan Bubur Asyura Peringkat DUN Kuala Besut di Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut pada 13 Oktober 2018.



Selain pertandingan Bubur Asyura, karnival ini juga megadakan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Abdul Karim, iaitu Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan untuk memberi ilmu agama yang berguna kepada masyarakat.

Pihak penganjur telah menyediakan 20 hadiah cabutan bertuah bagi pengunjung yang datang ke program ini termasuk bagi kanak-kanak serta jamuan rakyat kepada semua yang hadir.



Pertandingan Bubur asyura ini telah dimenangi oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lay Out Tok Has yang membawa pulang hadiah sebanyak RM1500.


Tag: