• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 11 Oktober – Kuih bulan menjadi simbolik ikatan persahabatan yang terjalin antara wanita bukan muslim dengan kerajaan negeri setiap kali tiba  'Moon Cake Festival 2019” yang disambut oleh masyarakat Tiongha di Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata walau pun jumlah kuih bulan yang diedarkan itu tidak besar tetapi memadai sebagai tanda ingatan dan tanda persahabatan bersempena dengan perayaan tradisional masyarakat Tionghua yang lazimnya disambut pada pertengahan September sehingga Oktober.

Zuraida mengagihkan kuih bulan.

 

“Tidak banyak pun yang kita edar, tapi ada. Mudah-mudahan pemberian kecil ini, jadi pengikat keharmonian antara semua kaum di Negeri Terengganu.

“Apa yang lebih mengujakan saya ialah sambutan baik daripada komuniti bukan muslim kepada Program Minum Petang bersama ADUN Wanita dan ini pertama kali sebenarnya, kita mengadakan program santai bersama komuniti wanita Cina dan India di sekitar Kuala Terengganu khusus bersama ADUN Wanita.

“Alhamdulillah, saya menerima banyak maklum balas dan cadangan yang positif daripada wakil-wakil mereka yang melibatkan diri secara aktif semasa sesi dialog,"ujarnya.

Cikgu Mala, wakil masyarakat India bercakap semasa sesi dialog.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wakil Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.
 
Antara yang hadir dalam program tersebut ialah wakil wanita India dan Cina Dewan Himpunan Penyokong, Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu, Persatuan Penjaja Pasar Pagi, Persatuan Penjaja Medan Selera, wakil masyarakat India dan Siam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dan wakil masyarakat Kg. Cina atau Peranakan.

Zuraida turut berjanji akan menyuarakan segala kebimbingan dan cadangan yang telah diusulkan oleh mereka ke peringkat seterusnya.

Beliau juga berharap agar penganjuran program tersebut dapat mempereratkan tautan antara masyarakat di Terengganu tanpa mengira bangsa ataupun agama demi memastikan keamanan dan kedamaian pada tanah watan sentiasa terpelihara.