• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kumpulan Terengganu Inc Sumbang 73 Lembu Bagi Korban Amal 2022

KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) bersama kumpulan anak syarikat kerajaan negeri menyumbang sebanyak 73 ekor lembu kepada komuniti sekitar Terengganu melalui aktiviti tahunan mereka, Korban Amal bagi 2022.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed@Harun berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi kali ini meningkat berbanding 58 ekor pada tahun lepas.

“Bagi menyemarakkan lagi semangat menunaikan ibadah korban, kita memperuntukkan kos hampir RM380,000 pada tahun ini melibatkan penyediaan lembu dari gred AA hingga gred B.

“Jumlah keseluruhan agihan daripada Terengganu Inc berjumlah 41 ekor, TDM Berhad (23), EPIC Berhad (7) dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) sebanyak dua ekor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berkata, sumbangan lembu telah diagihkan kepada komuniti kampung, masjid dan surau dengan pengagihan daging dilakukan kepada golongan yang memerlukan.

“Korban Amal adalah platform menyampaikan komitmen Kupulan Terengganu Inc sebagai badan korporat yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan menggambarkan sokongan terhadap inisiatif keagaam dan memberi peluang kepada komuniti sekitar operasi Kumpulan.

“Lembu korban telah disediakan dan diuruskan melalui pembelian terus daripada Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd sebagai anak syarikat Terengganu Inc yang menjalankan aktiviti perladangan dan penternakan lembu serta ayam kampung,” ujarnya.

 


Tag: