• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Kursus Pengurusan Jenazah Dedah Ilmu Seiring Syariat



Oleh: Abd Muhaimin

SETIU, 19 November - Kursus pengurusan jenazah mampu memberi pendedahan dan pengalaman berguna kepada peserta untuk menguruskan jenazah dengan tepat serta seiring dengan syariat Islam, selain memenuhi tuntutan fardu kifayah dalam menjalani keidupan seharian.


Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Uztaz Zul Bhari A Rahman berkata, dengan ilmu dan kemahiran yang ada pada setiap individu itu akan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain jika berlaku sebarang kematian di kalangan saudara mara dan jiran tetangga.


"Alhamdulillah, kita tengok sambutan yang membanggakan dengan jumlah penyertaan 125 orang, jadi selepas ini jika mahu urus jenazah atau solat jenazah sekali pun kita sudah tidak perlu mencari orang luar.

"Kalau bukan kita yang melibatkan diri dalam program seumpama ini, siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk menyumbang kepada masyarakat di dalam kampung kita kerana ianya merupakan tuntutan fardu kifayah,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pengurusan Jenazah di Masjid Kampung Telaga Papan, Permaisuri, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Telaga Papan, Bistaman Arifin,  Pengerusi Masjid, A Rahman Taib dan moderator kursus, Ustaz Sa'atdurusalam Awang.

Program itu turut disertai 125 orang peserta di kalangan warga belia dan komuniti setempat.

Zul Bhari berkata, umat Islam seharusnya tahu tanggungjawab dengan tidak memandang ringan  peranan yang perlu dimainkan apabila berlaku kematian dan mampu melancarkan urusan pengurusan jenazah terutama apabila melibatkan keluarga terdekat.


Beliau juga berharap semua peserta mendapat ilmu yang bermanfaat serta pahala dan rahmat di sisi Allah SWT.



Tag: