• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Lautan Manusia Banjiri 'Talk' UAI, Zizan

KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - 'Talk Show' Anak Muda bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI), Zizan Razak dan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran mencecah puluhan ribu orang.

Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzaman Abdullah berkata tiada ungkapan terucap melainkan ucapan alhamdulillah melihat begitu ramai orang muda yang hadir membanjiri majlis Karnival Penghayatan Islam anjuran TDM Berhad malam tadi 

“Ternyata gandingan mantap Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Razak buat orang ramai terutama orang muda untuk kekal bersama hingga akhir program.

“Banyak ilmu dan pengalaman baru yang ditimba para pengunjung yang hadir walaupun penuh dengan sulaman senyuman dan gelak ketawa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan di laman facebook miliknya selepas program bersama UAI dan Zizan Razak di Dataran Khairunnisa’, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, semalam.

Karnival Penghayatan Islam ini berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Ogos 2022 dengan pelbagai pengisian yang menarik disediakan buat para pengunjung.

Sementara itu, pelbagai hadiah menarik disediakan buat para pengunjung yang hadir seperti motosikal, TV dan pelbagai lagi sepanjang Karnival itu berlangsung.

 


Tag: