• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Lelaki Myanmar Ditahan Rogol Remaja Perempuan

MARANG, 26 Januari- Seorang lelaki warga Myanmar telah ditahan polis di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di daerah ini kira-kira jam 2.10 petang semalam, selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Ketua Polis daerah berkenaan, Superitendan Mohd Zain Mat Dris berkata, penahanan yang dilakukan oleh pihaknya itu setelah menerima aduan daripada keluarga mangsa pada Ahad lalu.

Katanya, suspek mengaku bersalah di atas perbuatan tersebut serta pemeriksaan lanjut juga turut menemui beberapa gambar bogel di telefon milik suspek disyaki gambar remaja terbabit.

"Siasatan awal juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas daripada pengaruh dadah. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol,"katanya sebagaimana yang dilaporkan Harian Metro, pada semalam.

 


Tag: